Hati-hati Produk Makanan dan Barang Gunaan




Cabaran kita dalam bab halal hari ini bukan sedikit. Justeru, memerlukan ketahanan dan kesabaran yang tinggi. Hakikatnya di sisi Islam, adalah lebih baik berkadar dengan yang halal daripada berkenyang-kenyang dengan yang haram.

“Habis itu tak boleh makan, ini tak boleh guna. Apa yang bolehnya, ustaz?”, tanya seorang pelajar ketika kuliah saya di UKM seakan berputus asa kerana banyak kehendaknya sama ada makanan atau barang gunaan bermasalah dari aspek kehalalannya.

“Yang halal”, saya menjawab ringkas.

“Ustaz, produk kosmetik yang berkualiti dan berkesan susah sangat nak dapat yang ada sijilhalal. Yang adapun kualiti tak setanding dengan jenama-jenama yang hasilnya hebat dan berkesan”, keluh seorang gadis di dinding Facebook saya.

“Nak cantik pada pandangan manusia atau pada pandangan Allah dan Rasul-Nya?”, saya memulangkan soalan yang mungkin sahaja jawapan.

Sabda Nabi s.a.w, “Mencari yang halal adalah wajib ke atas setiap orang Islam”. [HR Al-Dailami].

Penegasan baginda jelas, tinggal lagi kita bagaimana. Tambah kompleks teknologi sains makanan dan kosmetik semakin hari semakin canggih dan pelbagai.


Saya cuba senaraikan beberapa noktah untuk perhatian anda:


1. Bulu dan kulit khinzir –Kebanyakan berus sama ada untuk mengecat rumah, lukisan dan kegunaan kosmetik dari China diperbuat daripada bulu khinzir kerana ianya murah dan mudah didapati. Kulit khinzir juga digunakan untuk membuat kasut atau pelapik kasut bahagian dalam. Juga untuk membuat jaket, beg sandang dan dompet.

2. Plasma darah –Darah diambil dari rumah-rumah sembelihan dan diemper (centrifuged). Kemudian dikeringkan dan digunakan sebagai sumber protein. Antaranya surimi, produk berasaskan ikan.

3. Tulang –Pernah berlaku kes Bone China. Menggunakan tulang-tulang haiwan untuk dibuat barangan pinggan mangkuk. Tak terkecuali penapis air.

4. Gelatin –Protein yang diambik daripada sumber haiwan (lembu dan khinzir). Digunakan secara meluas dalam pembuatan aiskrim, pencuci mulut, agar-agar, marsmellow dan seumpamanya.

5. L-cystein –Asid amino berbentuk serbuk yang bersumberkan rambut dan bulu manusia. Ada industri yang menggunakannya sebagai ramuan tambahan.
Saya hanya membawa 5 perkara di atas sebagai contoh dari sekian banyak lagi keadaan dan produk. Kadang-kadang tak terfikir dek akal kita masyarakat awam ini. Zaman kapitalis menyebabkan seboleh-bolehnya semua sisa tidak disia-siakan. Memaksimumkan keuntungan, meminimumkan modal. 

Implikasinya sangat besar dan menyeluruh kepada kehidupan seharian kita.
Bermula dari makanan, minuman, kosmetik, pakaian dan barang penjagaan diri, kesemuanya jika tidak berwaspada akan membawa kita ke lembah haram dan syubhah.

Pada saya, jalan selamatnya ialah memindahkan taklifan tersebut kepada pihak berkuasa dengan membeli makanan dan menggunakan produk yang mendapat pensijilan halal adalah langkah bijaksana. Selain kita mengalihkan kebergantungan kita terhadap produk keluaran pengusaha bukan Islam. Ini bukan sahaja lebih meyakinkan bahkan memperkukuh ekonomi umat Islam.

Saya utarakan 5 langkah mudah bagi memeriksa produk yang ingin dibeli sama ada makanan, minuman, kosmetik atau barang penjagaan diri.


1. Kenal pasti –Teliti dahulu logo halal pada label produk tersebut. Jika logo halal tidak dapat dikenal pasti, teruskan langkah-langkah yang berikut.

2. Teliti ramuan –Baca dan perhati ramuan yang tersenarai pada label produk. Cuba kenal pasti statusnya. Boleh rujuk pada Kolum Halal Haram Majalah Q&A Bil.2. Tanpa ilmu mengenai ramuan kritikal, anda pasti sukar menentukannya.

3. Haram –Sekiranya mendapati produk berkenaan ada ramuan haram, maka produk tersebut wajib dihindar.

4. Halal –Jika semua ramuan yang digunakan adalahhalal, semestinya bukan ramuan kritikal dan haram, maka produk berkenaan tersebut boleh digunakan.

5. Syubhah –Jika terdapat perkara yang syubhah dan mengelirukan ataupun ramuan kritikal, maka produk tersebut sewajarnya dielakkan kerana itu adalah lebih baik.

Allah s.w.t berfirman: “Wahai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu dan keluargamu dari api Neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu” [At-Tahrim : 6)].

Justeru, dengan menjaga halal haram dalam kehidupan kita, itulah tuntutan sebenar Islam bagi menjamin keselamatan di dunia dan akhirat. Sesungguhnya halal adalah pilihan bij

Sumber : hafizamri.com

Muat Turun

Muat turun pelbagai aplikasi islam di sini :

1. Tafsir Al-Quran


Di sini -

2. Belajar Tajwid




Produk Terkini

Al-Quran dan Terjemahan Saiz Kecil (Kulit Keras)


RM 35.00 sahaja



Al-Quran dan Terjemahan (Berzip)



RM 35.00 sahaja


Rasulullah S.A.W bersabda,

“Barangsiapa membaca satu huruf dari Kitabullah, maka baginya satu kebaikan dan kebaikan itu dilipatgandakan menjadi sepuluh kali. Tidaklah aku mengatakan, ‘Alif laam miim’ itu satu huruf, tetapi alif satu huruf, laam satu huruf dan miim satu huruf.”


Produk Tempahan


Ini adalah beberapa produk yang telah mendapat jualan hebat sebelum ini. Kami menerima tempahan dan membuat pelbagai jualan.

Baju Muslimin


T-shirt di atas adalah antara tempahan semasa Kempen Kami Anak Muda Sayangkan Islam (KAMI)


Terbagai banyak rekaan corak yang menarik.

IMAD Info




Biro Ekonomi Ikatan Mahasiswa Dinamik (IMAD)
Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perak
Kampus Seri Iskandar
Perak Darul Ridzuan

Sebarang Pertanyaan. Sila hubungi :

Abdul Rasyid Bin Omar
Unit Perhubungan IMAD,
UiTM Perak,
Perak Darul Ridzuan.
No. hp : 017-9175080

Aizat Abdul Ghani
Unit Perhubungan IMAD,
UiTM Perak,
Perak Darul Ridzuan.
No. hp : 013-4211456

Our Link :
Facebook - Biro Ekonomi IMAD

Perniagaan Dalam Islam



Berniaga bukan semata-mata dengan tujuan mencari untung, kerana di dalam perniagaan tidak sentiasa mendapat untung. Di dalam perniagaan sering sering sahaja mendapat kerugian.

Tujuan perniagaan mengikut Islam sebenarnya ialah hendak memperbesar, memperpanjang dan memperluaskan aktiviti syariat atau bertujuan ibadah dan mendapat pahala yang banyak. Justeru itulah di dalam perniagaan, hendaklah sentiasa mencari keredhaan Allah Taala dengan niat yang betul serta perlaksanaan yang betul.


Firman Allah SWT :
Maksudnya :Orang-orang lelaki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan jual beli dari mengingati Allah dan mendirikan sembahyang serta menunaikan zakat;mereka takut akan hari yang bergoncang segala hati dan pemandangan di waktu itu. (An Nur: 37)

Mari kita lihat betapa di dalam perniagaan itu luas sekali syariatnya atau luas ibadahnya itu berlaku yang mana kebaikannya pula dan pahalanya pula amat banyak sekali di antaranya:

1. Kita banyak mendapat kawan,di dalam Islam berkawan itu disuruh. Di Akhirat kelak, kawan itu boleh memberi syafaat.


2. Boleh memberi khidmat sama ada secara langsung mahupun tidak secara langsung. Mengikut Hadis:
Maksudnya:
Sebaik-baik manusia ialah orang yang banyak memberi manfaat kepada orang lain.



3. Di dalam perniagaan ada unsur-unsur kerjasama.Bekerjasama, Islam sangat menggalakkan.
Al Quran ada memberitahu yang maksudnya:
Bertolong bantulah di atas kebaikan dan ketaqwaan. (Al Maidah: 2)
4. Di dalam perniagaan ada tolak ansur.Tidak ada tolak ansur, tidak boleh berniaga .Di dalam Islam,bertolak ansur adalah salah satu sifat yang terpuji.

5. Perniagaan boleh memudahkan masyarakat mengurus keperluan hidupnya, terutama di bidang makan minum.Di sini Islam memandang satu kebaikan kerana ada unsur mengutamakan orang lain atau memudahkan orang lain.

6. Di dalam berniaga dapat menyelamatkan barangan keluaran masyarakat Islam. Kalau tidak, barangan itu akan terbuang dan akan timbul pembaziran. Di dalam Islam, pembaziran sangat dilarang,menjauhi pembaziran satu kewajipan.


Firman Allah SWT :
Maksudnya:

Sesungguhnya orang yang membazir saudara-saudara syaitan.(Al Isra: 27)

7. Di dalam perniagaan banyak pengalaman akan diperolehi sama ada di segi pengurusan, mengenal tempat, mengenal barang dan lain-lain lagi.Di dalam Islam mencari ilmu dan pengalaman sangat dituntut.


8. Di dalam mengendalikan perniagaan ada latihan kesabaran.Sifat sabar salah satu daripada sifat mahmudah,bahkan ia sangat diperlukan di dalam kehidupan.Orang yang sabar, pahala yang diberikan kepadanya tanpa hisab.
Firman Allah dalam Al Quran:
Maksudnya:
Sesungguhnya orang-orang yang bersabar sahaja akan disempurnakan pahala dengan tidak terkira. (Az Zumar:10)



9. Berniaga merupakan salah satu cara memajukan agama, bangsa dan negara. Ia merupakan tanggungjawab khalifah Tuhan(manusia) di muka bumi supaya dapat dilihat kebesaran Allah serta dapat menikmati nikmat-nikmatNya agar manusia boleh bersyukur hingga mereka mendapat pahala syukur.


10. Di dalam perniagaan,boleh dapat peluang mengeluarkan zakat, salah satu dari rukun Islam dapat ditunaikan. Dengan itu salah satu sumber saluran untuk membantu fakir miskin dan asnaf-asnaf yang lain dapat diwujudkan.Maka di sini banyak pula golongan terbantu

Allah SWT telah berfirman di dalam Al Quran:
Maksudnya:
Berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim serta orang-orang miskin dan katakanlah kepada sesame manusia kata-kata yang baik dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat. (Al Baqarah: 83)


11. Di dalam perniagaan kita dapat membuat latihan berlapang dada berhadapan dengan perintah manusia.Ia sentiasa mencabar emosi kita.Maka kita selalu sahaja menyembunyikan kemarahan kita.Meyembunyikan kemarahan itu adalah disuruh dalam Al Quran.Dalam Al Quran ada menyebutkan meyembunyikan sifat marah itu,ia adalah salah satu sifat orang yang bertaqwa.
Firman Allah SWT:
Maksudnya:
” Iaitu orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah dan yang menahan kemarahannya dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang.Dan Allah mengasihi orang-orang yang berbuat pekara-pekara yang baik. (Ali Imran: 134)



12.Di dalam perniagaan memerlukan sifat berlapang dada,bertolak ansur,memberi maaf, berlebih kurang,bersimpati. Sifat ini adalah dipuji dan sangat diperlukan dalam pergaulan. Di dalan Hadis ada disebutkan Islam itu adalah as-samahah,agama berlapang dada dan pemaaf.


13. Di dalam perniagaan ada peluang kerja untuk manusia sebagai sumber pencarian. Disini dapat mengelakkan manusia daripada menganggur yang dilarang oleh syariat. Maka dengan sekaligus tenaganya dapat dimanfaatkan oleh orang lain sama, ertinya, adanya perniagaan, menjadikan tenaga manusia produktif mengeluarkan hasil untuk faedah manusia yang lain.

Apa yang kita sebutkan di atas tadi jelaslah begitu banyak sekali di dalam perniagaan, syariat Islam itu dapat kita tegakkan. Ertinya beberapa banyak aspek di dalam Islam itu telah dapat kita bangunkan di dalam perniagaan. Apabila banyak aspek syariat dibangunkan maka banyaklah pahals yang kita dapat.

Oleh itu tidak hairanlah Islam menganggap orang yang berniaga secara jujur itu dianggap al jihad fisabilillah dan juga munasabahlah kerja mereka itu dianggap kerja yang paling baik dalam Islam kerana kebaikannya terlalu banyak diperolehi oleh masyarakat dari hasil perniagaannya itu.

Tujuan Berniaga

Terdapat sekurang-kurangnya 12 tujuan berniaga :-
1. Menegakkan syariat atau hukum Allah.
2. Dalam Perniagaan,kita akan dapat kawan yang akan memberi syafaat yang akan membantu kita di Siratul Mustaqim.
3. Mengajar kita bertolak ansur.
4. Mengajar kita melariskan barang – pandai bercakap,pandai menyampaikan.
5. melahirkan orang yang sabar dalam memendam rasa hendak marah.Sabar bila orang marah dengan kita.
6. Boleh melahirkan orang yang cerdik,pandai bertindak dan berfikir dan merancang dalam apa jua keadaan.
7. Melahirkan orang yang berakhlak tinggi dan berbudi pekerti.
8. Dapat menambah ilmu,wawasan atau general knowledge.
9. Jujur dan amanah.
10. Boleh kita berzakat.
11. Melahirkan orang yang samahah (pemaaf )
12. Memenuhi keperluan umat Islam dan menyediakan barang-barang Islam. Sifat Yang Perlu Pada Seorang Peniaga.



Sifat-sifat yang perlu ada pada seorang peniaga ialah:
1. Peramah dan mesra dengan orang.
2. Bertolak ansur di dalam berjual beli.
3. Berlapang dada dengan karenah manusia.
4. Bersifat sabar.
5. Menunaikan janji.
6. Cepat melayan orang.
7. Jangan menekan dan memaksa meminta hutang.
8. Jujur dan amanah.
9. Pemurah dan menolong orang.
10. Bersifat benar.
11. Rajin dan cergas.
12. Cermat berbelanja.
13. Berhati-hati membuat sebarang janji atau memberi hutang kepada orang.
14. Menyusun dan meletak barang dengan baik supaya nampak teratur dan tidak mudah rosak.
15. Menjaga barang dan kebersihan.
16. Sentiasa peka dan prihatin dengan keperluan semasa.
17. Menjual barang dengan harga yang sederhana.
18. Memilih barang-barang jualan yang masih baik.
19. Membiasakan menyimpan wang untuk keperluan yang mendadak dan mendesak.
20. Memperbanyak aset untuk jangka panjang.
21. Merancang projek-projek atau dagangan di masa depan supaya perniagaan sentiasa berkembang dan membesar.
22. Cukup setahun hendaklah mengeluarkan zakat perniagaan.