Di sana, harga daging lembu dua kali lebih mahal daripada daging babi. Jadi, mereka pakat tipu semua orang dengan menjadikan daging babi seolah-olah daging lembu. Dalam masa 90 minit saja, daging babi yang digoreng menjadi sesedap daging lembu. Macam mana mereka buat?
2. Agen glazing, untuk menghilangkan rasa daging babi. Pek kecil ini cukup untuk 50kg daging babi.
Sebotol ekstrak daging lembu seberat 500g dijual dengan harga 20 yuan (RM9.13) cukup untuk mengubah rasa 25kg daging babi. Harga daging babi adalah setengah daripada harga daging lembu. Ini berpotensi memberi penjimatan lebih dari 1,000 yuan (RM456.55) jika 25kg daging digunakan.
Menurut Fang Youzong daripada Jawatankuasa Penasihat Shanghai Food Drug Administration, bahan penambah rasa ini banyak digunakan untuk memberikan rasa daging lembu di dalam mee segera, katanya kepada Times Global. Dan China hanya melarang penggunaan bahan penambah rasa ini ke dalam beberapa produk makanan yang meliputi makanan bayi dan susu, kata Fang lagi.
Dan baru-baru ni, sebuah jabatan industri dan perdagangan di Heifei telah mengatakan bahan penambah rasa ”ekstrak daging lembu” yang banyak diedar di pasaran, membolehkan daging ayam diproses menjadi “daging lembu”. Seorang penduduk bandar mendedahkan bahawa “ekstrak daging lembu” telah menjadi ”resepi rahsia” di beberapa restoran-restoran kecil. Doktor juga telah mengesahkan penggunaan jangka panjang dari bahan penambah rasa ini, boleh menyebabkan keracunan jangka masa panjang, kecacatan, dan juga kanser.
Tak mustahil ‘kepakaran’ ini akan sampai ke Malaysia. Seperti telur tiruan yang kita sendiri tak sangka dengan kehadirannya. Soal makanan kita kenalah ambil berat sebab ianya akan sebati dalam badan kita dan menjadi darah daging.- MyChinaViews.com
No comments:
Post a Comment