Konsep Perniagaan Menurut Islam


~Harta bukanlah sesuatu dilarang kepada umatNya untuk mencari, memiliki dan menggunakannya dalam kehidupan seharian.
~Secara fitrah manusia mencari harta. Antara cara terbaik ialah perniagaan.
~Segala yang dilakukan kerana Allah SWT dianggap sebagai ibadat termasuk bidang perniagaan.
~Perniagaan yang diusahakan perlu mematuhi perintah Allah dan menjauhi laranganNya sprt jujur.
~Dapat membantu individu, masyarakat dan negara dalam mencari barang keperluan.
~Keikhlasan adalah tonggak mendapat keredhaan ALLAH.
~Islam menyokong berjual beli.
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama-suka di antara kamu. Dan janganlah kamu membunuh dirimu ; sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu. ~Surah An-Nisa' ayat 29~
Dan Allah SWT menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. ~Surah Al-Baqarah ayat 275~
Tidak ada dosa bagi kamu untuk mencari kurnia (rezeki hasil perniagaan) dari Tuhanmu. ~Surah Al-Baqarah ayat 198~
~Rasulullah SAW dan perniagaan
Baginda pernah ditanya: "Apakah jenis mata pencarian yang paling baik?". Maka baginda menjawab, "Hasil usaha sendiri, dan setiap perniagaan yang bersih (dari tipu daya dan khianat)".

Baginda telah dibawa bersama Abu Thalib, bapa saudaranya untuk berniaga ketika baginda berumur 12 tahun. Di usia muda itu, baginda telah menunjukkan minat yang tinggi. Semasa berusia 20 tahun, baginda telah menjalankan perdagangan secara kongsi atau menggunakan modal orang lain iaitu Siti Khadijah atau juga berseorangan.
Keuntungan sentiasa menyebelahi baginda kerana baginda sentiasa mengamalkan sifat sabar,amanah dan jujur (Al-Amin). Dengan kelebihan baginda juga mempertemukan baginda dengan isterinya Siti Khadijah yang akhirnya merupakan wanita pertama memeluk agama Islam.

No comments:

Post a Comment